Thursday, 15 May 2014

Perasaan sbelum exam

Hihi assalamualaikum smua! Arini sye nk cerita tntng bnda yg akn dilalu oleh smua pelajar sbelum exam. Pelajar slalunye akn rse takut,gemntar,dan kdg2 ade yg x amik kisah pun, bgi dia aslkn lulus. Korang smua msti ade kn kwan2 yg mcm ni. Hehe kebnyakannya laki2 la,prempuan ni lain skit. Walaupun kenyataannye kaum hawa hanya ade 1 akal,mreka ttp brusaha utk jdi yg trbaik (Y)

Sye pun prnah jgak lalui prkara ni. Biase la tu. So jgn la lyn sngat prasaan tu,ok! Hehe tu je yg sye dpt kongsi. Nk ckp bnyak nnti merapu plak. Lgipun sye tgh lyn seseorng yg tersayang ni. Hehe k Bye2.

Friday, 22 March 2013

Kelebihan SENYUM..


1. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

2. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

3. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

4. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

5. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

6. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

7. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

8. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

9. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

10. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

10 kata-kata semangat melawan kegagalan..

  Dalam dunia ni siapa yang tak pernah gagal? Kita semua pernah gagal dalam hidup ini. Namun apa maknanya? Perbezaan utama antara orang yang benar-benar berjaya dan gagal adalah sikap mereka menghadapi kegagalannya dan bagaimana dia membangkitkan semangat nya. Bagaimana sebenarnya sikap kita menghadapi kegagalan?

Di bawah adalah 10 kata bijak dari tokoh-tokoh dunia tentang bagaimana sepatutnya kita menghadapi kegagalan dan bagaimana untuk menaikkan semgat kita melawan kegagalan :

1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.” (John F. Kennedy)

2. “Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.” (Orison Swett Marden)

3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” (Confucius)

4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini dikeranakan orang-orang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan semasa mereka menyerah.” (Thomas Alva Edison)

5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua perkara. Iaitu, orang yang berfikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berfikir.” (W.A. Nance)

6. “Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Churchill)

kata-kata semangat, kata-kata motivasi

7. “Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan, kerja keras dan ingin belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)

8. “Orang-orang yang gagal dibahagi menjadi dua, iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya dan mereka yang melakukan kegagalan dan tidak pernah memikirkannya.” (John Charles Salak)

9. “Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan; tidak mengatakan apa-apa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.” (Denis Waitley)

10. “Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan semula dengan lebih cerdik.” (Henry Ford)

Ternyatalah bahawa tidak ada orang yang gagal namun yang ada adalah orang yang berfikir dirinya gagal. Gagal bukanlah satu kesalahan, kegagalan hanyalah sebuah proses menuju kejayaan yang lebih besar.

kata-kata semangat, kata-kata motivasi

Semoga sukses untuk kita semua!

Ketika AKAL berbisik : MENYERAHLAH!
PENGHARAPAN berkata : CUBALAH LAGI!
Ketika DUNIA berkata : TIDAK MUNGKIN!
TUHAN berkata : ENGKAU PASTI BOLEH!